Oleh Ku Mohd Lufti
Gelanggang badminton memberi perkhabaran gembira dalam misi pemburuan pingat emas pertama Malaysia apabila kesemua pasanga bergu negara layak ke suku akhir.
Bergu lelaki negara Goh V Shem, Tan Wee Kiong mengesahkan slot ke suku akhir selepas menduduki tangga kedua dalam kumpulan B dibelakang pasangan China, Fu Haifeng-Zhang Nan.
V Shem dan Wee Kiong melakar kemenangan 100 peratus selepas dua perlawanan, mencatat kemenangan selesa 21-12, 21-10 ke atas Philip Chew dan Sattawat Pongnairat.
Sementara itu beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei turut mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan kedua dalam peringkat kumpulan C.
Mereka menewaskan Poon Lok Yan, Tse Ying Suet 21-15, 21-13 dari Hong Kong dalam tempoh 36 minit dan akan bertemu nombor empat dunia dari Indonesia Niyta Krishinda Maheswari dan Greysia Polli, bagi menentukan pemenang Kumpulan C.
Beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying juga mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan kedua mereka dalam Kumpulan C.
Peng Soon, Liu Ying menang ke atas beregu Australia, Robin Middleton dan Leanne Choo 21-17, 21-15 dalam 40 minit untuk layak ke peringkat suku akhir kalah mati.
Pasangan negara nombor 10 dunia itu akan menentang pilihan ketiga, Tontowi Ahmad dan Liyana Natsir dalam perlawanan akhir Kumpulan C, untuk menentukan pemenang kumpulan.