Oleh Ku Mohd Lufti
Perenang muda negara Welson Sim gagal menempatkan diri ke final dalam acara 200 meter gaya bebas selepas sekadar berada di kedudukan ke 28 daripada 47 perengang yang mengambil bahagian.
Namun Welson masih mamou tersenyum apabila catatan 1 minit 47.67 saat menyamai rekod yag dilakukan ketika di kejohanan renang kumpulan umur kebangsaan di Singapura pada Mac lalu.
Welson menamatkan perlumbaan peringkat saringan kedua ditempat kedua, namun catatannya gagal menempatkan diri di kelompok 16 terbaik untuk ke peringkat final.
Welson akan turun beraksi dalam 1500 meter pada jumaat, dimana sasarannya masih sama, mahu memperbaiki catatan masa peribadi 15 minit 53.63.saat.
Dalam pada itu, perenang wanita negara Phee Jinq En mencipta masa 1:10.22 saat dalam acara 100m kuak dada untuk menduduki tempat kedua pada peringkat saringan.
Jinq En bagaimanapun gagal untuk menyamai rekod kebangsaannya 1:08.65 saat yang dicipta pada Terbuka Malaysia tahun ini.