Pelumba lebuhraya kelahiran Switzerland, Kevin Winter dikenakn penggantungan selama empat tahun selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.

Hukuman dijatuhkan jawatankuasa displin Olimpik Switzerland selepas sampel ujian yang dijalankan pada Januari 2019 didapati mengandungi bahan terlarang; metenolone, stanozolol dan testosterone yang ditemui di dalam makanan tambahannya.

Pelumba berusia 29 tahun itu sepatutnya menjalani penggantungan sejak Mei tahun lalu beliau dikatakan tidak mengetahui keputusan tersebut .

Penjelasannya tidak diterima jawatankuasa displin kerana Winter gagal untuk mengemukakan bukti bagi menyokong alasannya.

Agensi Anti Doping Switzerland mengingatkan peraturan anti doping adalah ketat untuk kesemua atlet negara itu dimana individu tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika bahan terlarang ditemui dalam sampel.

 

- Advertisement -