foto – Team MAS

 

Impian atlet wushu negara, Tan Cheong Min untuk meraih pingat dalam acara Nandao, dan Nanquan tidak kesampaian apabila menamatkan displin ini dikedudukan kesembilan keseluruhan.

Cheong Min yang menduduki tangga kedua dalam displin Nanquan semalam gagal untuk mengekalkan rentak konsisten dalam displin Nandao hari ini.

Gara gara kesilapan ketika melakukan pendaratan kemas ketika melakukan lompatan, Cheong Min hanya mampu meraih 9.44 mata sekaligus peluang untuk meraih pingat berkecai.

Selepas tamat dua displin ini, Tan Cheong Min mengumpul 19.15 mata untuk menghuni tangga ke sembilan, ketinggalan jauh dibelakang Lu Tang (China) yang meraih pingat emas dengan catatan 19.49 mata diikuti Darya Latisheva dari Uzbekistan untuk pingat perak manakala pingat gangsa milik Ka Ying Yuen dari Hong Kong.

“Apa yang boleh saya katakan, saya kekurangan pengalaman kerana ini kali pertama beraksi dalam Sukan Asia. Selepas ini saya akan fokus ketika latihan.

“Walaupun tidak meraih pingat, saya berpuashati dengan dengan aksi di sini. Selepas masuk ke gelanggang, saya memberitahu diri sendiri agar hanya tampil dengan aksi seperti biasa,”kata Cheong Min kepada media tempatan.

 

- Advertisement -