XES Shoes, sebuah peniaga kasut Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran
kempen amalnya yang bertajuk “20sen untuk Sesama”. Kempen ini merupakan komitmen daripada XES untuk memberikan balik kepada komuniti tempatan dan menyokong mereka yang memerlukan.
Dibawah kempen ini, XES akan menyumbangkan 20 sen dari setiap barang yang dijual kepada projek amal.
Projek “Kongsi Rezeki Bersama XES Shoes” ialah sesatu projek amal yang akan menyediakan bantuan kewangan, bantuan bencana, dan bantuan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah orang tua, dan organisasi lain yang memerlukan.
“Kami percaya bahawa adalah tanggungjawab kami sebagai jenama Malaysia untuk memberi balik kepada masyarakat,” kata Saw Chit Boon, Pengurus Besar XES Shoes.
“Kami telah melakukan lawatan amal sejak 2018, dan kami telah mengagihkan bantuan kepada banyak keluarga dan organisasi semasa pandemik. Kami percaya bahawa ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan kami berazam untuk membantu mereka
yang memerlukan.”
Projek ini mengalokasikan lebih dari RM500,000 pada tahun 2024. Bermula 1 Januari 2024, XES akan menyumbangkan 20 sen dari setiap barang yang dijual kepada projek amal.
“Kami berharap bahawa projek ini tidak hanya akan membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga menginspirasi orang lain untuk berbuat baik dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik,” kata Saw.
Evelyn Chan, Pengurus PR XES Shoes juga menekankan bahawa projek ini akan membantu golongan yang memerlukan dari keluarga ibu tunggal, anak yatim, orang tua yang tiada keluarga.
“Kami mengalu-alukan mereka yang memerlukan dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM1,500. Kami juga menawarkan bantuan kepada pihak atau NGO lain yang mungkin memerlukan.”
Untuk memohon bantuan di bawah projek ini, sila hubungi 012-277 9637 untuk maklumat lanjut.