Oleh Muhammad Aiman
Lapan pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016 baru-baru ini diketuai pemain badminton nombor satu dunia, Datoâ Lee Chong Wei menerima ganjaran wang tunai berjumlah keseluruhan RM315,000 dari XOX Mobile sebagai meraikan pencapaian mereka di pentas sukan terbesar dunia itu.
Chong Wei, pemenang pingat perak buat kali ketiga berturut-turut setelah tewas kepada Chen Long dalam perlawanan akhir, juga duta jenama XOX Mobile menerima ganjaran tertinggi berjumlah RM110,000.
Gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Pandelela Rinong/Cheong Jun Hoong yang turut membawa pulang perak pula menerima RM60,000 bagi setiap pasangan manakala Azizulhasni Awang yang meraih pingat gangsa dalam acara berbasikal keirin pula menerima RM25,000.
XOX Mobile juga tidak ketinggalan memberi ganjaran wang tunai khas kepada tiga jurulatih iaitu Jeremy Gan, Hendrawan serta Tey Seu Bock.
Menurut Pengerusi XOX Berhad, Datoâ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, âKami berkongsi rasa bangga di atas kejayaan wira-wira sukan negara ini mengharumkan nama negara. Mereka menunjukkan aksi luar biasa, determinasi, dan pengorbanan yang diperlukan untuk berjaya di peringkat ini sekaligus menjadikan pungutan pingat kali ini satu catatan sejarah.
âLebih penting, mereka berjaya menyatupadukan kita semua, satu Malaysia tanpa mengira kaum berdiri di belakang memberi sokongan kepada mereka. Nama mereka akan terpahat sebagai legenda sukan tanah air. Tahniah juga kepada jurulatih mereka yang membentuk kejayaan mereka ini.â
Untuk rekod, meskipun gagal menamatkan buruan emas pertama, pencapaian Malaysia di Rio adalah yang terbaik sepanjang penyertaan di Sukan Olimpik sejak 1956 dengan membawa pulang empat perak dan satu gangsa.Â