Oleh Muhammad Aiman
Kegagalan China mempertahankan tiga daripada lima pingat emas badminton yang mereka menangi di London 2012, mungkin dilihat ramai sebagai berakhirnya era negara tembok besar itu sebagai kuasa besar sukan badminton namun ia tidak langsung menimbulkan kebimbangan buat ketua jurulatihnya Li Yongbo.Â
Setelah sekadar mengenggam sebutir gangsa selepas berakhir tiga acara, China bernasib baik untuk memenangi dua emas terakhir dari gelanggang badminton di Rio De Janeiro â kedua-duanya dengan menewaskan Malaysia.
Begitupun, pencapaian dua emas, satu gangsa itu nyata jauh dari memberangsangkan malah ia adalah pencapaian terburuk mereka dalam tempoh 20 tahun di pentas olimpik.
Dengan setiap pasukan dibenarkan menghantar maksima dua sahaja wakil mengambil bahagian di olimpik berbanding tiga di edisi sebelumnya, ia mengehadkan peluang China meraih pingat di temasya kali ini.
Namun kegagalan pemain wanita mereka untuk menyerlah, sama ada perseorangan mahupun beregu jelas dilihat faktor utama menyumbang kepada kegagalan China meneruskan dominasi dalam dua acara yang dikuasai sejak sekian lama itu.
Ini turut membawa kepada kritikan terhadap kredibiliti Yongbo yang sudah lebih 10 tahun menjadi wajah badminton China â selain teruk dihentam di media sosial dan media tempatan di China, jurulatih berusia 53 tahun itu diminta bertanggungjawab dan melepaskan jawatan.
China juga bakal kehilangan sekurang-kurangnya tiga pemenang emas olimpik iaitu Fu Haifeng, Zhao Yunlei serta bintang sensasi Lin Dan yang dijangka bersara sebelum Tokyo 2020 sekaligus membayangkan mereka bakal berdepan saat sukar untuk mengembalikan zaman gemilang.
Bagi Yongbo, dia tetap tenang, âKadang kala anda kuat, kadang kala anda ketinggalan jauh di belakang. Indonesia pernah kuat satu ketika, begitu juga Denmark. China melonjak tetapi juara-juara yang kita lahirkan kemudiannya bersara dan ianya mengambil masa untuk generasi seterusnya menyerlahkan potensi mereka.
âJadi memang kita akan melalui detik sukar, ia satu kitaran normal. Tapi China akan tetap mempunyai pemain-pemain terbaik di masa akan datang kerana ramai pemain-pemain junior kita sedang beraksi di tahap tertinggi. Selepas olimpik ini, generasi kita akan bertambah kuat.
âUntuk sebuah negara mengekalkan kecemerlangan mereka perlu memberi penekanan kepada pembangunan bakat sistemik dan mempunyai sistem latihan yang sangat baik. China mempunyainya, jadi saya tidak perlu bimbang mengenai masa depan badminton negara ini.â
Pertandingan badminton di Rio disifatkan ramai pemerhati sebagai yang paling sengit da berkualiti pernah disaksikan di mana selain China yang mengungguli perseorangan lelaki dan beregu lelaki, emas badminton turut menjadi milik Indonesia (beregu campuran), Jepun (beregu wanita) dan Sepanyol (perseorangan wanita).
âBadminton sedang berkembang dengan baik di merata tempat. Tetapi tiada gunanya untuk kita beri tumpuan kepada perkembangan di negara orang, adalah lebih baik fokus kepada pembangunan sendiri. Ianya adil untuk mengatakan bahawa kita berdepan kesukaran berbanding sebelumnya tetapi itu tidak bermakna kita akan ketinggalan. Perkara pokoknya adalah kita perlu bekerja keras,â ujar Yongbo.   Â