Malah, penajaan ini adalah sebagai suntikan semangat buat skuad kendalian John Beasly untuk memburu pingat di temasya Sukan Olimpik pada 2020 di Jepun nanti.
Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam berkata, “Mengenai prestasi atlet berbasikal baru-baru ini di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, saya gembira dengan prestasi cemerlang mereka dengan berkata merangkul tiga pingat emas dan lima pingat perak bagi acara pecut berpasukan dan individu.
“Bagi pihak YSD, kami teruja dengan prestasi semasa team SDF trek berbasikal dan kami yakin bahawa mereka akan meneruskan kejayaan mereka semasa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” kata beliau ketika ditemui di sidang media ‘ROAD TO TOKYO 2020’ di Pusat Konvensyen Sime di Bukit Kiara.
Turut hadir bersama, atlet berbasikal negara yang terpilih untuk penajaan dari YSD, Muhammad Shah Firdausi Sahrom, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi.
Ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley berkata, skuad elit berbasikal tiada masalah memburu kejayaan dengan menghadapi pelbagai pertandingan sepanjang tahun ini dan tahun depan.
Beliau turut menjelaskan bahawa satu program khas bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah bermula sejak awal April dengan memberikan tumpuan kepada kekuatan fizikal dan mental pelumba dan akan diteruskan dengan melakukan latihan di latihan pusat, Melbourne, Australia selepas semua atlet berbasikal berlepas ke Melbourne pada 9 September ini.
“Tahun depan kita akan berdepan beberapa pertandingan utama seperti Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia, jadi banyak usaha perlu dilakukan untuk mencapai apa yang kita buru.
“Namun saya sentiasa berkata kepada mereka (atlet berbasikal) agar tidak berdepan dengan apa-apa tekanan atau masalah dengan semua pertandingan itu dan anggap ia sebagai latihan bagi bedepan dengan Olimpik Tokyo 2020 nanti,” kata jurulatih dari Australia itu. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI