AP250 Podium - P1 Takehiro Yamamoto P2 Ayumu Tanaka P3 Nakarin Athiratphuvapat

Yuki Takahashi muncul juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc seterusnya melebarkan jurang pendahulu setelah pencabar utama, Tomoyoshi Koyama gagal mengutip sebarang mata setelah terjatuh pada saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang bermula dari petak pertama itu menerima tentangan sengit pada peringkat awal perlumbaan bersama kumpulan lapan pelumba yang bersaing merebut kedudukan pertama namun insiden kemalangan melibatkan dua rakan sepasukan T.Pro Yuzy Honda NTS, Koyama dan Taiga Hada pada selekoh pertama pusingan ketujuh memberi kelebihan buat Takahashi untuk mendahului kedudukan.

Takahashi menamatkan perlumbaan dengan masa 31’26.663s untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut pada musim ini.

Jakkrit Swangswat (AP Honda Racing Thailand) pula meraih podium pertamanya dalam kelas SuperSports 600cc apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 31’33.646s setelah rakan sepasukan, Ratthapong Wilairot turut terjatuh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.
 
Sementara itu H.A Yudhistira yang satu ketika berada di kedudukan ketujuh akibat insiden Koyama dan Taiga bangkit mengejar dan seterusnya menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 31’36.305s menewaskan Makoto Inagaki (YELLOWCORN Akeno Speed Racing) and Zaqhwan Zaidi di kedudukan keempat dan kelima.

“Perlumbaan sangat mencabar namun saya gembira kerana akhirnya berjaya muncul juara. Terima kasih kepada pasukan, penaja dan peminat yang sentiasa menyokong kami,” jelas Takahashi.
 
“Perlumbaan hari ini sangat pantas. Meskipun bermula dengan baik, namun saya gagal untuk menjarakkan diri dari kelompok pelumba di hadapan sehinggalah insiden diantara Koyama dan Taiga. Saya jangkakan Perlumbaan 2 nanti lebih sengit dan berharap dapat mengulangi kejayaan serupa.”

Dengan 25 mata yang dipungut meletakkan Takahashi selesa di tangga teratas dengan 152 mata manakala Koyama kekal di tangga kedua dengan 117 mata.

Sementara itu Takehiro Yamamoto berjaya meraih kemenangan keempatnya musim ini apabila muncul juara pada Perlumbaan 1 kategori Asia Production 250cc.

Sama seperti kebiasaan, pelumba TRICKSTAR Racing itu berhadapan cabaran sengit duo AP Honda Racing Thailand, Apiwat Wongthananon dan Nakarin Athiratphuvapat sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan masa 21’51.547s.

Ayumu Tanaka (Yellowcorn Akeno Speed Racing) memecah dominasi Honda dan Kawasaki apabila berjaya meraih podium pertamanya musim ini apabila muncul naib juara dengan masa 21’51.713s diikuti Nakarin di tempat ketiga dengan masa 21’51.734s.

Mohd Amirul Arif Musa yang kembali ke kelas Underbone 130cc setelah beraksi dalam kategori AP250cc pada awal musim berjaya mengembalikan rentak kemenangannya apabila muncul juara pada Perlumbaan 1 dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Gupita Kresna.

Pelumba T.Pro Yuzy Honda NTS itu meraih kemenangan dramatik apabila berjaya memecut dari kelompok pertengahan sehingga ke garisan penamat untuk muncul juara dengan masa 18’17.637s, hanya 0.017s dihadapan pencabarnya dari pasukan Manual Tech KYT Rextor manakala Azam Omar (PETRONAS Hong Leong Yamaha) di tempat ketiga, juga podium keduanya musim ini dengan masa 18’17.679s.

Dalam pada itu, pencabar utama Gupita dalam perebutan mahkota keseluruhan, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) gagal untuk merapatkan jurang mata apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 setelah mengalami masalah jentera ketika perlumbaan berbaki dua pusingan sekalipun berada pada kedudukan yang baik untuk menamatkan saingan di atas podium.
 
Gupita mempunyai peluang untuk meraih gelaran juara seandainya Norizman mencatat keputusan serupa pada Perlumbaan 2 setelah mempunyai kelebihan 52 mata ketika ini.

Perlumbaan 2 ARRC berlangsung pada Sabtu, 3 Oktober.

Keputusan Perlumbaan 1

SuperSports 600cc

1.Yuki Takahashi (Honda) 31’26.663s 2.Jakkrit Swangswat (Honda) 31’33.646s 3.Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 31’36.305s 4.Makoto Inagaki (Yamaha) 31’36.690s 5.Zaqhwan Zaidi (Honda) 31’36.759s

 

Asia Production 250cc

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 21’51.547s 2.Ayumu Tanaka (Yamaha) 21’51.713s 3.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 21’51.734s 4.Apiwat Wongthananon (Honda) 21’51.857s

 

Underbone 130cc

1.Amirul Ariff Musa (Honda) 18’17.637s 2.Gupita Kresna (Kawasaki) 18’17.654s 3.Azam Omar (Yamaha) 18’17.679s 4.Fareez Afeez (Yamaha) 18’17.681s 5.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 18’17.690s

Yuki Takahashi 72 leading the SuperSports 600cc race in Qatar

YUKI TAKAHASHI WINS AS KOYAMA CRASHES

Honda’s Yuki Takahashi took victory in Race 1 of the SuperSports 600cc to extend his championship lead while title challenger, Tomoyoshi Koyama crashed in Round 5 of the FIM Asia Road Racing Championship at the Losail International Circuit in Qatar on Friday.

The poleman was seen struggling at the start of the race with eight riders battling for lead but his fortunes changed for the better in lap-7 when Taiga Hada clipped leader, Koyama’s rear, causing both T.Pro Yuzy Honda NTS riders to crash at Turn 1.

Takahashi quickly capitalized on the commotion to thrust his way to the front and from there the race was smooth sailing for the Musashi Boon Siew Honda rider. He eventually completed the race in 31’26.663s to take his fourth consecutive victory for the season.

Jakkrit Swangswat (AP Honda Racing Thailand) claimed his maiden SuperSports 600cc podium in second place with 31’33.646s after teammate, Ratthapong Wilairot who was running in second crashed with three laps to go.

Meanwhile Yudhistira who got caught up behind Koyama and Taiga’s crash clawed his way up the field from seventh to third, snatching the final podium in 31’36.305s away from Makoto Inagaki (YELLOWCORN Akeno Speed Racing) and Zaqhwan Zaidi who rounded up the top five.

“Race 1 was very difficult but I’m glad we came out on top in the end. Everybody was really fast and despite making a good start, I could not escape. But in lap-7  the opportunity presented itself when Koyama and Taiga crashed. It was a great battle and I hope we can win again in Race 2 tomorrow (Saturday),” said Takahashi.

Hauling 25-points from Race 1, the Honda-man extends his championship lead to 152 points while Koyama who failed to pick any points maintains his position second overall with 117 points.

Separately, Takehiro Yamamoto secured a hard-fought victory in Race 1 of the Asia Production 250cc The TRICKSTAR Racing rider went neck-to-neck with AP Honda Racing Thailand duo, Apiwat Wongthananon and Nakarin Athiratphuvapat before he got the best of his rivals in the dying minutes of the 9-lap race with 21’51.547s.

Lagging by 0.166 seconds was Ayumu Tanaka (YELLOWCORN Akeno Speed Racing) who broke Honda and Kawasaki’s dominance to become the first Yamaha rider to finish on the AP250 podium in second place with 21’51.713s followed by Nakarin in 21’51.734s.

Meanwhile Amirul Ariff Musa could not have asked for a better comeback to the Underbone 130cc as he converted pole position into a well-deserved victory in Race 1 under Losail’s floodlights.

The T.Pro Yuzy Honda NTS rider took the chequered flag in a dramatic battle that saw him slipstream his way from midfield to first at the final sprint to the chequered flag.

Amirul wrapped up the race in 18’17.637s, by a slim margin of 0.017 seconds ahead of Gupita Kresna (Manual Tech KYT Rextor) with 18’17.654s while Azam Omar (PETRONAS Hong Leong Yamaha) claimed his second podium for the season in third place with 18’17.679s.

Gupita’s closest title contender, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) was also seen competing with the front group but a technical error saw him drop down the field and finish 15th.

Even so, Gupita will have to hold off his title celebrations as Norizman still stands a mathematical chance to fight for the title with 52 points now separating them.

Race 2 of the SuperSports 600cc, Asia Production 250cc, Underbone 130cc and Asia Dream Cup will take place on Saturday, 3rd October.

 

Race 1 Results

SuperSports 600cc

1.Yuki Takahashi (Honda) 31’26.663s 2.Jakkrit Swangswat (Honda) 31’33.646s 3.Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 31’36.305s 4.Makoto Inagaki (Yamaha) 31’36.690s 5.Zaqhwan Zaidi (Honda) 31’36.759s

 

Asia Production 250cc

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 21’51.547s 2.Ayumu Tanaka (Yamaha) 21’51.713s 3.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 21’51.734s 4.Apiwat Wongthananon (Honda) 21’51.857s

 

Underbone 130cc

1.Amirul Ariff Musa (Honda) 18’17.637s 2.Gupita Kresna (Kawasaki) 18’17.654s 3.Azam Omar (Yamaha) 18’17.679s 4.Fareez Afeez (Yamaha) 18’17.681s 5.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 18’17.690s

- Advertisement -