Pemangku ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak bersetuju jika pemain tertentu dipersalahkan sebagai punca aksi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Super setakat ini di mana mereka belum menang dalam tiga perlawanan yang telah diharungi.
Kenyataan Yusri itu berikutan tindakan penyokong menjadikan pertahanan berpengalaman, Amiridzwan Taj sebagai sasaran kritikan paling hebat dek kekalahan kepada Melaka United dan Pahang.
Taj dilihat bergelut untuk menampilkan prestasi sebenar sejak pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL)Â tetapi bagi Yusri Che Lah, ianya tidak adil untuk meletakkan kesalahan ke atas pemain itu semata-mata.
“Saya tidak boleh tuding jari kepada pemain tertentu, sebagai jurulatih menjadi tanggungjawab saya pertahankan anak buah saya. Kita bukan main badminton, acara perseorangan, kalau salah, maka memang salah dia la. Tetapi ini bolasepak, berpasukan, tidak boleh kata kalah sebab pemain tertentu.
âKesilapan sentiasa menjadi sebahagian dari permainan, bila buat salah semua perlu beri dia motivasi, keyakinan bukannya menjatuhkan lagi moral dia,â katanya kepada Sports247.
Tambahnya lagi, “Tapi bila saya cakap macam ini, bukan bermakna saya OK kalau pemain buat silap, tetapi saya mahu pemain belajar dari setiap kesilapan itu dan perbaiki, tingkatkan prestasi untuk menjadi lebih baik. Sokongan semua adalah elemen penting dan saya tahu penyokong Kelantan akan bersama-sama waktu jatuh bangun.â
Untuk rekod, selepas tiga perlawanan, Kelantan bolos enam dan Yusri mengakui akan membuat sedikit rombakan menjelang aksi menentang Perak pada Sabtu untuk memastikan pasukannya dapat bertahan dengan baik.
“Bertahan dengan baik, bukanlah bermaksud bermain secara bertahan. Bermain secara bertahan maksudnya defensif minded, bertahan dengan baik adalah mengenalpasti punca mudah bocor, menyusun pertahanan agar lebih kompak, mendisiplinkan pertahanan. Mungkin tiga perlawanan sebelum ini kita lebih terbuka jadi senang lawan ambil kesempatan.”
Ketika ini Kelantan di tangga tercorot dengan satu mata. – OLEH MUHAMMAD AIMAN