rio.olympics

Oleh Ku Mohd Lufti

Penampilan sulung atlet olahraga wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli di pentas Olimpik boleh dianggap positif apabila mara ke pusingan pertama dalam acara 100 Meter Wanita.

Beliau yang beraksi ke Olimpik menerusi tiket wildcard bermula di lorong ke 9, menamatkan saringan ketiga ditangga ketiga dengan catatan 12.12 saat.

Tempat pertama milik atlet kelahiran Malta, Charlotte Wingfield yang menamatkan saringan ditempat pertama dengan catatan masa 11.86 saat diikuti Cecilia Bouele dengan catatan masa 11.98 saat, 0.165 saat dibelakang Charlotte.

Dalam senarai kedudukan keseluruhan 24 pelumba yang beraksi, Zaidatul layak ke pusingan pertama apabila menduduki tempat 4.

Manakala 7 lagi atlet yang layak ke pusingan pertama adalah Charlotte Wingfield , Cecilia Bouele, Sunayna Wahi, Hafsatu Kamara, Patricia Taea, MAzoon Al Alawi, dan Sisila Seavula.

Zaidatul akan beraksi di saringan ke 8 di pusingan pertama yang dijadual berlangsung kira tengah malam ini.

- Advertisement -