Motul Yamaha YY Pang’s Zaidy Mohd Zaifaizal says he is excited to move up to the premiere CP130 category and confident he can achieve top results ahead of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship opening round in Temerloh, Pahang this 14-15 March.
Despite having a long Cub Prix career, this year marks the Penangite’s debut in the CP130. His promotion came following an illustrious campaign last year where he finished the CP115 category as runner-up, losing out on the title to teammate, Mohd Izzat Zaidi Salehan by 30 points.
The all-red outfit will now split into two with Zaidy set to partner Mohd Adib Rosley and Mohd Azhar Abdul Jalil in the CP130 while Izzat has been tasked to defend his CP115 title alongside Sarawakian, Ahmad Abdul Kadir and Tengku Amirul Haffiruddin.
“A bulk of my career was spent competing in the junior classes and between 2010 to 2012, I never got the chance to move up because the team opted to forgo the premiere class. Naturally switching to the CP130 came as a big decision but I am really excited about this new project,” said Zaidy.
He went on to add, “Of course we have our work cut out for us and new goals to meet, but we’ll definitely benefit from the support of our sponsors and fans. YY Pang now has three strong riders with different styles, which should improve the bike and put the team back up to the top where it belongs.”
Speaking about his expectations for the opening round this weekend, Zaidy said, “I have mixed feelings. I am excited but at the same time I feel nervous too – after all the CP130 represents the cream of the crop.”
“As for performance, we will just have to wait and see. I’ve tested the bike several times and everything seems to be running smoothly. But we will never know how we measure against our rivals until the practice in Temerloh kicks off. From there I should have a clear picture of my weaknesses and what improvements need to be made,” he said.
ZAIDI NAIK PANGKAT, BAKAL BERAKSI DALAM KATEGORI CP130
Zaidy Mohd Zaifaizal begitu teruja apabila bakal beralih ke kelas CP130 sebaik saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 membuka tirai di Temerloh, Pahang pada 14 dan 15 Mac ini.
Pelumba Motul Yamaha YY Pang itu dinaikkan ke saingan kelas perdana selepas mempamer aksi cemerlang sepanjang musim 2014 dengan menamatkan saingan kategori CP115 sebagai naib juara keseluruhan di belakang rakan sepasukan, Mohd Izzat Zaidi Salehan.
Merupakan antara muka lama yang beraksi di dalam Kejuaraan Cub Prix, pelumba kelahiran Pulau Pinang itu percaya dengan pengalaman luas yang dimiliki, dia mampu untuk mencapai keputusan baik dan menyaingi pelumba CP130 yang lebih berpengalaman.
Dengan peraturan baharu CP130 yang membenarkan setiap pasukan mendaftar tiga pelumba beraksi dalam kelas CP130 bagi menentukan pungutan mata berpasukan berdasarkan dua keputusan terbaik, Zaidy bakal digandingkan bersama dua pelumba sedia ada, Mohd Adib Rosley dan Azhar Abd Jallil.
Sementara itu, tiga pelumba lagi, Mohd Izzat, Ahmad Abd Kadir dan Tengku Amirul Haffirudin kekal bersaing di dalam kelas CP115 dalam usaha mempertahankan gelakan yang dimenangi pada musim lepas.
“Sudah beberapa tahun saya beraksi dalam kelas pertengahan ini namun saya masih belum berpeluang untuk beralih ke kelas lebih tinggi. Jadi bukan mudah untuk saya menerima tawaran ini kerana ia satu peralihan besar dalam karier saya. Pada masa sama saya juga sudah bersedia dan teruja untuk memulakan saingan baharu ini,” jelas Zaidy.
Menurutnya lagi, “Selalunya banyak perkara yang perlu dilakukan apabila beralih kelas. Begitu juga dengan sasaran yang perlu dicapai pada tahun ini. Mujurlah dengan sokongan pihak penaja dan pasukan, YY Pang kini mempunyai tiga pelumba di dalam setiap kategori berbeza.
Bercakap tentang sasaran pada perlumbaan pembuka musim 2015, Zaidy berkata, “Sukar untuk dijangka. Perasaan saya bercampur baur kerana masih asing dalam kategori ini. Pada masa sama saya juga sedikit bimbang kerana bakal berhadapan pelumba-pelumba terbaik di Malaysia dalam kelas ini.”
Mengulas lanjut, “Saya sudah beberapa kali melakukan ujian bersama jentera dan rakan sepasukan lain. Semuanya berjalan mengikut apa yang dirancangkan dan saya juga dapat mencatat masa yang agak baik. Namun semuanya hanya dapat dibuktikan pada perlumbaan sebenar di Temerloh nanti. Dari situ saya dapat mengetahui kelemahan dan memperbaikinya ke tahap lebih baik,” jelasnya.