Peringkat terakhir jelajah berbasikal Tour de Selangor 2017 dimenangi pelumba Terengganu Cycling (TSG) Mohd Zamri Salleh sekaligus menutup hari terakhir perlumbaan kedua terakhir di Malaysia bagi tahun ini.
Zamri melengkapkan kayuhan peringkat kelima yang bermula dan tamat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan catatan masa 2 jam 30 minit 1 saat selepas melakukan henjutan bertenaga di 100 meter terakhir sekaligus menewaskan dua pelumba Aisan Racing Shiki Kuroeda dan Kota Sumiyoshi yang menduduki tangga kedua dan ketiga.
“Dipenghujung, Anuar Manan dan rakan rakan membantu saya untuk bergerak ke depan dan di 300 meter akhir kami sudah berada di depan dan ia memudahkan saya.
“Untuk hari ini, kami memang letakkan sprinter (pakar pecut) didepan untuk dapatkan penamat berkelompok,”kata Zamri.
77 pelumba memulakan saingan hari terakhir sejauh 112.2 km sekaligus melengkapkan kayuhan keseluruhan bagi Tour de Selangor 2017 558.4 km.
Laluan landai jelas sekali dinanti nantikan pasukan TSG yang hanya bertindak selepas laluan berbukit di Puncak Alam.
Peloton yang dipimpin pasukan Sapura Cycling manakala lima pelumba bergerak sebagai pendahulu sehingga di Dataran Shah Alam dimana pelumba perlu melakukan 6 pusingan untuk melengkapkan perlumbaan peringkat kelima.
Pendahulu akhirnya ditangkap peloton selepas pusingan keempat sebelum Zamri memainkan peranan bersama sama rakan rakan sepasukan untuk menakluk peringkat kelima.
Cerita hari ini lebih tertumpu kepada pelumba muda kelahiran Perak, Muhammad Zawawi Azman yang menaiki podium selaku juara individu keseluruhan TdS 2017 sekaligus merangkul jersi kuning pertama dalam perlumbaan professional.
Zawawi yang juga pelumba terbaik Malaysia Jelajah Malaysia 2017 baru baru ini mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan sejak peringkat pertama mengumpul 13 jam 5 minit 12 saat untuk mengesahkan status selaku pemenang mutlak jersi kuning.
Beliau juga turut menyarung jersi merah selaku Raja Bukit Tour de Selangor 2017, mengumpul 12 mata mengatasi rakan sepasukan yang juga Raja Bukit Jelajah Malaysia 2017, Wilmar Jahir Perez Munoz dan Usoff Yusrizal daripada pasukan kebangsaan yang berkongsi 10 mata.
“Hari kejayaan ini adalah hasil 100 peratus kerjasama rakan sepasukan. Bermula dari awal hingga penamat perlumbaan, rakn sepasukan bekerja keras.
“Alhamdulillah ini rezeki saya hujung tahun sebelum musim 2018 bermula tahun depan, jadi bagus untuk saya dan mungkin ada pasukan pasukan lain yang dapat lihat kemampuan saya untuk cerahkan lagi masa depan,”kata Zawawi.
Pertarungan bagi gelaran Raja Pecut TdS dimenangi pelumba Polis Diraja Malaysia Mohd Elmi Jumari yang mengumpul 42 mata, mengatasi Kota Sumiyoshi daripada Aisan Racing (29 mata) dan Mohd Zamri Salleh (28 mata).
Pelumba Muda Terbaik TdS 2017 menjadi milik pelumba Terengganu Cycling (TSG) Mohd Nur Aiman Mohd Zariff.OLEH KU MOHD LUFTI
Keputusan Peringkat Kelima Tour de Selangor 2017
Shah Alam – 112.2 Km
Mohd Zamri SALEH TSG 2:30:01
Shiki KUROEDA AIS 2:30:01
Kota SUMIYOSHI AIS 2:30:01
Mohd Elmi JUMARI PDM 2:30:01
Ahmad Kamal MUHAMMAD AMEER MAS 2:30:01
Anuar MANAN TSG 2:30:01
Aiman CAHYADI TSC 2:30:01
Shotaro WATANABE AIS 2:30:01
Ryohei KOMORI AIS 2:30:01
Muhammad Zawawi AZMAN TSC 2:30:01
Kedudukan Pelumba
Kategori Individu Keseluruhan (Jersi Kuning)
Muhammad Zawawi AZMAN TSC 13:05:12
Nik Mohd Azwan ZULKIFLE PDM 13:05:33
KOMORI Ryohei AIS 13:05:34
Ryan Ariehaan HILMANT CCC 13:05:53
Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF * TSG 13:06:04
Kota SUMIYOSHI AIS 13:06:31
Wilmar Jahir PEREZ MUNOZ TSC 13:06:49
Nelson MARTIN 7RP 13:07:43
Aiman CAHYADI T SC 13:08:48
Tomohiro HAYAKAWA AIS 13:09:10
Kedudukan Pelumba
Kategori Pecut (Jersi Biru)
mata
Mohd Elmi JUMARI PDM 42
Kota SUMIYOSHI AIS 29
Mohd Zamri SALEH TSG 28
Muhammad Zawawi AZMAN TSC 26
Mohamad Saufi MAT SENAN KEL 25
Aiman CAHYADI TSC 20
Bonijoe MARTIN 7RP 20
Usoff YUSRIZAL MAS 20
Ryohei KOMORI AIS 19
Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF * TSG 18
Kedudukan Pelumba
Kategori Bukit (Jersi Merah)
mata
Muhammad Zawawi AZMAN TSC 12
Wilmar Jahir PEREZ MUNOZ TSC 10
Usoff YUSRIZAL MAS 10
Aiman CAHYADI TSC 4
Tomohiro HAYAKAWA AIS 4
Kedudukan Pelumba
Kategori Pelumba Terbaik (Jersi Putih)
Muhd Nur Aiman MOHD ZARIFF* TSG 13:06:04
Azli Najmi ZULKEFLI* SEL 13:09:23
Muhammad FACHRI NAUFAL BAROKAH * CCC 13:09:44
Maulana FACHRIZAL KURNIAWAN * CCC 13:13:37
Adulwit PHOSANGDA* THA 13:13:41
Kedudukan Pasukan
TEAM SAPURA CYCLING 39:21:15
AISAN RACING TEAM 39:21:26
CCC CYCLING TEAM 39:25:22
TERENGGANU CYCLING TEAM 39:28:33
7 ELEVEN ROADBIKE PHILIPPINES 39:32:06
MAS MALAYSIA 39:36:51
PDRM-G CYCLING TEAM 39:37:31
SELANGOR CYCLING TEAM 39:41:35
VIETNAM NATIONAL TEAM 39:44:02
SITRA KELANTAN CYCLING TEAM 39:48:29