Zaqhwan Zaidi has claimed that winning the 2014 PETRONAS Asia Road Racing Championship title this weekend is not impossible given Honda’s good track record at the Losail International Circuit in Doha, Qatar.

Musashi Boon Siew Honda Racing has enjoyed a string of unbroken wins at the desert circuit with former riders, Ryuichi Kiyonari and Azlan Shah Kamaruzaman winning the races to secure the SuperSports 600cc overall title in 2012 and 2013 respectively.

Zaqhwan is further boosted by a remarkable set of performance in 2014, improving on his 2013 form with a win and two podiums – in his third premiere class campaign.

The 19-year old is currently ranked third overall in the standings with 125 points, 22 points adrift championship leader, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) while Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) is sandwiched between them with 140 points.

The newly crowned Cub Prix Champion gave an assessment of his chances and said, “It is not impossible that I can win the title because Honda performs exceptionally well at the Losail Circuit that demands for superior and smooth handling. I will be banking on that to fight for the podium and the championship.”

However, Zaqhwan also acknowledged, “But at the same time I anticipate this weekend to be extremely tough because firstly I expect Yuki Ito to be strong. Since Autopolis he’s been exceptionally quick, so he is a real contender. Then with Fujiwara we cannot forget that he won the 2011 title and his experience is more than Yuki and mine combined and I am certain he still has a few tricks up his sleeve.”

“So to try to fight for the championship with these two guys we have to push our limits.”

 

ZAQHWAN HARAP KELEBIHAN JENTERA HONDA DI QATAR

Mohd Zaqhwan Zaidi akui masih berpeluang untuk memenangi gelaran SuperSport 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) berdasarkan rekod baik jentera Honda sepanjang dua musim lepas di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar pada perlumbaan terakhir musim 2014 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing telah mencatat kejayaan membanggakan di mana dua pelumba, Ryuichi Kiyonari dan Azlan Shah Kamaruzaman telah dinobatkan selaku juara keseluruhan setelah memenangi perlumbaan akhir di litar tersebut pada tahun 2012 dan 2013.

Keyakinan itu ditambah dengan aksi cemerlang Zaqhwan pada musim ini terutama dengan pencapaiann muncul juara di Indonesia dan dua podium pada musim ketiganya beraksi dalam kelas perdana ini.

Pelumba 19 tahun itu kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 125 mata, 22 mata dibelakang pendahulu, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) manakala Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) di tangga kedua dengan 140 mata.

Menyentuh tentang peluangnya, juara baharu CP130 Kejuaraan Cub Prix itu berkata, “Tidak mustahil saya mampu memenangi gelaran kerana kekuatan jentera Honda sudah terbukti di Litar Losail ini yang begitu memerlukan kelajuan dan pengendalian jentera yang sempurna. Saya mempertaruhkan kelebihan tersebut untuk merebut kedudukan podium dan juga takhta kejuaraan.”

Meskipun begitu, Zaqhwan tidak mahu terlalu yakin sebaliknya mengambil pendekatan berhati-hati pada perlumbaan minggu ini. 

“Pada masa sama saya jangkakan Ito juga akan memberikan cabaran yang hebat. Dia mempamerkan peningkatan ketara khususnya sejak perlumbaan di Autopolis. Dia semakin pantas dan merupakan pencabar utama kejuaraan. Selain iu saingan Fujiwara juga tidak boleh diketepikan kerana dia pernah memenangi gelaran di sini pada tahun 2011 malah dia merupakan pelumba yang sangat berpengalaman jika dibandingkan dengan saya dan Ito. Saya yakin dia juga mempunyai strategi tersendiri untuk mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga ke penamat.”

“Jadi saya akan mencuba yang terbaik untuk mengejar kejuaraan dan memberikan saingan sengit terhadap kedua-dua pencabar ini.”

- Advertisement -