Givi Honda Yuzy Racing’s Mohd Zaqhwan Zaidi says he would not be surprised if the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship CP130 title battle went down to the final round in Alor Setar, Kedah in November.
Speaking ahead of Round Eight in Kangar, Perlis this weekend, Zaqhwan who leads the championship standings extended his advantage by 11 points (120 points) over closest title contender, Norizman Ismail after coming in second at the last round in Teluk Intan.
Despite the growing distance between them, the 19-year old is convinced his Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing rival still has a few tricks up his sleeve and he will definitely show it in the final three rounds this season.
Zaqhwan who has enjoyed four victories and a runner-up podium from the past seven rounds also emphasized not to rule out rookie, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha CKJ) from the title chase.
“Given the current between the top three riders, it would be impossible to secure the championship early unless both my immediate rivals fail to finish the next three races – which is highly unlikely,” said Zaqhwan.
“But honestly, I think it’s more exciting this way and I’m sure race goers and viewers at home would enjoy a title-fight that goes down to the wire,” he added.
Talking about his expectations for the final three rounds this season, Zaqhwan commented, “Lately I think the pressure is starting to get to me and I find myself making unnecessary mistakes so I need to be careful. For example in Teluk Intan I engaged the wrong gear while leading the race and Afif capitalized on the error and claimed victory.”
“But above all, I need to watch out for Norizman. He is a class-act with two CP130 titles to his name. It will be an uphill task but as long as I finish the remaining races this season ahead of him, I have a strong chance of taking the title,” he said.
ZAQHWAN JANGKA SAINGAN BERTAMBAH SENGIT
Mohd Zaqhwan Zaidi menjangkakan saingan pemburuan juara keseluruhan CP130 akan bertambah sengit dan dia perlu menang jika mahu terus menguasai kedudukan keseluruhan pada saingan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, minggu ini.
Setakat ini, pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu sedang mendahului kedudukan dengan 120 mata, namun hanya 11 mata mengatasi Norizman Ismail yang berada di kedudukan kedua.
Meskipun mempunyai kelebihan, namun pelumba berusia 19 tahun itu percaya lawannya itu tidak akan memberi laluan mudah dan akan menggunakan segala strategi pada baki tiga pusingan terakhir ini, dan pada masa sama dia yakin gelaran juara keseluruhan hanya akan ditentukan pada pusingan terakhir di Alor Setar, Kedah, penghujung November nanti.
Zaqhwan yang memenangi empat gelaran juara dan sekali sebagai naib juara turut tidak menafikan peluang pelumba rookie CP130, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) sebagai antara pencabar merebut takhta kejuaraan.
“Peluang masih terbuka khususnya dikalangan tiga pelumba teratas ketika ini. Semuanya masih berpeluang melainkan ada diantanya yang gagal mengutip sebarang mata pada baki tiga perlumbaan ini, namun sesuatu yang agak mustahil akan berlaku,” jelas Zaqhwan.
“Sebenarnya, keadaan seperti ini lebih menyeronokkan khususnya untuk peminat-peminat kerana dapat melihat kami berlumba sedaya upaya untuk merebut kemenangan. Kami juga pada masa sama akan beraksi pada tahap 100 peratus dan begitu juga penyediaan jentera oleh pasukan,” tambah Zaqhwan.
Bercakap tentang peluangnya pula, Zaqhwan berkata, “Saya perlu lebih berhati-hati memandangkan tekanan besar sebagai pendahulu ketika ini adakalanya menyebabkan saya melakukan kesilapan tidak sepatutnya. Contohnya ketika di Teluk Intan dimana saya silap menukar gear dan akhirnya membuka ruang buat Afif yang mengasak saya dari awal perlumbaan untuk memintas. Saya perlu mengelak kesilapan serupa,” jelasnya.
“Saya juga perlu berhati-hati dengan Norizman. Dua gelaran CP130 yang telah dimenangi membuktikan dia seorang yang cukup berpengalaman. Saya perlu menamatkan baki saingan di hadapan Norizman dan lagi mudah jika dapat memenangi kesemua perlumbaan.”