Zaqhwan Zaidi ready

Tempoh rehat panjang memberi ruang buat Mohd Zaqhwan Zaidi untuk kembali ke prestasi terbaik bagi memulakan saingan separuh musim kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pusingan keenam di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, hujung minggu ini.

Bekas juara CP130 itu tidak beraksi sepanjang peringkat awal musim 2015 apabila menerima peluang beraksi di dalam saingan Kejuaraan Grand Prix Dunia dalam kategori Moto2 namun mengambil keputusan menarik diri selepas beraksi sebanyak enam perlumbaan.

Keputusan itu juga menyaksikan Zaqhwan kembali ke pasukan Givi Honda Yuzy Racing, pasukan yang mengembangkan bakatnya selama ini sehingga bergelar juara keseluruhan CP130 musim 2014 dan kembali beraksi dalam kategori CP130 pada pusingan kelima di Melaka namun gagal menamatkan perlumbaan apabila terjatuh selepas enam pusingan perlumbaan.

Di sebalik kegagalan tersebut, Zaqhwan kini positif mampu bangkit memperaga aksi terbaik hasil persediaan rapi dan mengenalpasti masalah yang perlu diperbaiki sepanjang tempoh rehat lepas.

Malah pelumba itu sudah tidak sabar untuk kembali bersama jenteranya di Kangar pada minggu ini.

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan menarik diri dari saingan Moto2 namun ia penting untuk karier perlumbaan saya. Mungkin satu kesilapan apabila saya membuat keputusan terburu-buru untuk ke kejuaraan dunia tanpa memikirkan tentang perancangan rapi dan juga faktor kewangan yang kukuh,” jelas Zaqhwan.

“Mungkin saya agak terdesak dan terlalu ingin memberikan aksi yang terbaik dan menghadiahkan kemenangan pasukan sebaik kembali ke Cub Prix namun tindakan tersebut akhirnya membawa padah kepada diri sendiri kerana kesudahannya saya terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan.”

“Meskipun satu permulaan yang kurang baik namun memberi pendedahan dan pengalaman yang sangat berguna. Saya kini lebih bersemangat selepas tempoh rehat panjang kerana mempunayi masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Pasukan juga banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan jentera Honda termasuk mengaturkan dua sesi ujian di Melaka dan Sepang,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, pengurus pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini pula menjelaskan, “Saya gembira melihat perubahan Zaqhwan berbanding ketika mula kembali ke pasukan pada dua bulan lepas. Perkara biasa bagi pelumba jika mereka seperti kurang bersemangat apabila terpaksa melalui masa-masa sukar namun dia perlu ingat dengan segala apa yang berlaku, ia bukanlah penamat kepada karier perlumbaannya. Apa yang penting dia perlu bekerja lebih keras dan tidak berputus asa.”

ZAQHWAN’S MORALE BOOSTED AFTER SEASON BREAK 

Zaqhwan Zaidi is fired up for the second half of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship season after using the long-break to reflect and learn from a difficult start of the year ahead of Round 6 in Kangar, Perlis this weekend. 

The reigning CP130 Champion spent the first half of the year competing in the Moto2 World Championship but decided to call it quits after six rounds.

Zaqhwan returned to Malaysia and rejoined Givi Honda Yuzy Racing, the same outfit that helped him secure last year’s CP130 title starting from the mid-season round in Melaka. Unfortunately his comeback did not go as planned as he crashed out six laps into the race.

Despite the rough start, the 21-year old feels he has made a lot of progress after the long mid-season break with the brief hiatus giving him a chance to learn from his problems.  

With this in mind, he looks forward to getting back on the bike in Kangar this week.

“Cutting my Moto2 campaign short was a tough but necessary decision made in the best interest of my career. Maybe I made a mistake switching to the world championship too soon without realizing the importance to have a solid foundation and strong financial backing,” said Zaqhwan. 

“Quitting of course took a toll on my motivation and I was desperate to make up for it upon re-entering Cub Prix so I pushed really hard in Melaka but ended up crashing.”

“It was not an ideal start and I hope we can pick up where we left off and keep moving forward. I feel more confident now after the break as it has given me the time to reflect on what has happened. The team has also helped get me reacquainted with the Honda machine by running tests at Melaka and Sepang recently,” said Zaqhwan.

Meanwhile Givi Honda Yuzy Racing manager, Shahrol Yuzy commented, “I’m glad to see Zaqhwan is more of himself compared to the last two months. It’s perfectly normal for riders to feel demotivated after going through what Zaqhwan did but its important to remember its not the end and they should never give up.”

 

- Advertisement -