Zaqhwan in action at Suzuka

Malaysian SuperSports 600cc rider, Mohd Zaqhwan Zaidi is looking to set the newly completed Chang International Circuit (CIC) in Thailand ablaze in this weekend’s PETRONAS Asia Road Racing Championship following his recent success in the Malaysian Cub Prix.

Zaqhwan clinched his maiden CP130 title at Jempol, Negeri Sembilan last Sunday – an outcome that had long looked inevitable as he won six out of nine races ahead of closest challenger, Norizman Ismail.

The Honda rider insisted the victory had taken off a lot of weight off his shoulders and he is more focused on hunting for wins in the remaining two rounds of the Asian Championship. The last time Zaqhwan won a SuperSports 600cc race was back in Indonesia (Round 2) in June.

Zaqhwan who competes for Musashi Boon Siew Honda Racing Malaysia in the Asian Championship is currently ranked fifth overall with 89 points, 43 points adrift leader, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) with 132 points.

“Last weekend was very special for me, the team (Givi Honda Yuzy Racing) and my family. I am still over the moon from winning the Cub Prix crown so naturally I’m hoping to do well in  Thailand as well. I am feeling extremely motivated and optimistic I can fight for the chequered flag or at least a podium here,” said Zaqhwan.

He added, “In the previous round (Suzuka), I had the opportunity to finish on the podium but the lack of experience saw our rivals get the best of me. But I believe things will be different at the CIC. None of the riders have competed there before so it will be fair game for all.”

Speaking about his overall target this season , “Mathematically we are still in the running to fight for the title but given the point deficit with Fujiwara, chances are quite slim. So I am only aiming to end the year among top three overall and return next season as a serious title contender.”

JUARA CUB PRIX TINGKATKAN SEMANGAT ZAQHWAN DI THAILAND

Kejayaan muncul juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS melonjakkan semangat pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi untuk turun beraksi pada pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand hujung minggu ini.

Setelah beberapa tahun mencuba, Zaqhwan akhirnya dinobatkan selaku juara keseluruhan CP130 pada pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix yang berakhir di Jempol, Negeri Sembilan Ahad lepas hasil pencapaian cemerlang dengan memenangi tujuh podium termasuk lima gelaran juara daripada sembilan pusingan yang telah berlangsung.

Berikutan kejayaan tersebut, pelumba yang beraksi untuk Musashi Boon Siew Honda Racing di dalam saingan SuperSports 600cc itu kini mahu memberi sepenuh tumpuan untuk mengejar podium di kejuaraan Asia sahaja selepas kali terakhir muncul juara pada pusingan kedua di Indonesia, Jun lepas.

Berbaki dua pusingan sahaja lagi, Zaqhwan kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 89 mata, 43 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) yang mengumpul 132 mata.

“Perlumbaan minggu lepas begitu istimewa kepada saya, juga buat pasukan Givi Honda Yuzy Racing, keluarga dan penyokong. Masih dibuai dengan kejayaan tersebut, saya berharap ia akan berterusan di Thailand pula pada minggu ini. Saya begitu bersemangat ketika ini dan optimis dengan peluang untuk menaiki podium,” jelas Zaqhwan.

Tambahnya, “Sewaktu pusingan lepas di Suzuka, saya hampir menamatkan perlumbaan di atas podium namun jurang pengalaman membezakan antara saya dan pelumba lebih berpengalaman. Meskipun begitu saya percaya suasana pasti berbeza di sini. Semua pelumba belum pernah beraksi di litar ini, jadi peluang pasti lebih terbuka.”

Mengulas tentang harapan untuk mengejar gelaran keseluruhan, Zaqhwan berkata, “Secara matematik, peluang masih ada namun dengan jurang mata yang agak besar ketika ini, mungkin agak sukar untuk saya mengejar Fujiwara. Sasaran utama saya ketika ini lebih menjurus untuk menamatkan saingan di antara tiga pelumba terbaik, itu lebih realistik. Mungkin pada tahun hadapan saya akan kembali dengan aksi lebih baik,” jelas Zaqhwan.

 

- Advertisement -