Affendi Rosli leading the CP130 race in Jempol

Honda’s Mohd Zaqhwan Zaidi clinched his maiden CP130 title with a comfortable third place finish in Round 9 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in Jempol, Negeri Sembilan on Sunday while Mohd Affendi Rosli won the race with a brilliant performance.

It was a dream weekend for Zaqhwan after the only man who could stop him, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) came in eighth.

The Givi Honda Yuzy Racing rider was in solid form to qualify for front row and made a good start when the lights went off but deteriorating track conditions forced him to be cautious.

Even so, that did not stop the 19-year old from punching through Mohd Iskandar Raduan, Mohd Zamri Baba and Ahmad Fazli Sham to finish the race in third place with 14’46.782s, ultimately sealing the title with 161 points.

Affendi (PETRONAS Yamaha CKJ) meanwhile put in a spectacular performance to dominate the entire 18-lap race in 14’44.125s while teammate, Ahmad Afif Amran came second, 14’45.911s.

“I am lost for words and over the moon,” said an emotional Zaqhwan.

“We came to Jempol aware we could secure the title given the point advantage, but to actually win it, nothing can prepare you for that. I am really overwhelmed right now. A million thanks to my manager, Shahrol Yuzy for guiding me to this very day and congratulations to the team who has been working endlessly to make sure I win this championship. You guys deserve this,” he added.

Reflecting on the race, Zaqhwan commented, “This must have been one of my toughest races since stepping up to the CP130. It felt like everyone wanted to stop me and the battles were close.”

“Naturally I wanted to win but Affendi had a better start and managed to get the holeshot. I was riding sixth and struggled to get ahead and I really had to push to get ahead of Iskandar, Zamri and Fazli. Once I passed them it was between Afif and I but at that point my bike was already at its limit. If I pushed it any further, we would have ended up crashing so I chose to play it safe to the finish line.”

The penultimate round of the Malaysian Cub Prix Championship also marked a memorable occasion for Mohd Izzat Zaidi Salehan as he secured the CP115 overall title when closest title rival and teammate, Zaidy Mohd Zaifaizal finished seventh.

The Motul Yamaha YY Pang ended the chase in style by winning the 15-lap race in 12’30.085s, ahead of seasoned contender, Elly Idzlianizar Ilias (M Seki Liberty Honda) with 12’31.023s.

Abdul Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju) came in third 12’33.743s.

“To be frank, I did not expect to win the crown with one more race to spare. I expected Zaidy Zaifaizal to finish quite close to me,” said an elated Izzat.

“Nevertheless, it was far from an easy race. Elly used all his experience to deny me the lead in the first three laps. But then he made a mistake and lost control of his bike. I took that opportunity to slip through, build a gap and maintain a consistent pace to the finish line.”

Izzat who won the title with 178 points went on to add, “I am extremely happy to win the championship but this victory does not just belong to me. It also belongs to the entire Motul Yamaha YY Pang crew, sponsors, family, friends and of course our die-hard fans. This win goes out to all of you.”

Reigning WIRA Champion, Khairul Idham Pawi maintained his flawless run as the Kozi Yam Honda Racing rider claimed his eighth successive victory in the age-capped category.

Khairul bounced back from a botched start to steal the lead from Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) before pulling away from the pack, concluding the 12-lap race in 10.01.312s.

Fairuz was forced to settle for second place with 10’12.012s while Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) finished third in 10’12.176s.

The win gives Khairul a perfect total of 216 points with Afiki taking second 108 points back followed by Fairuz third in the rankings, 122 points adrift.

 

Results

CP130

Race

1.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 14’44.125s 2.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 14’45.911s 3.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 14’46.782s 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 14’47.849s 5.Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 14’49.763s

 

Overall Standings

1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 161 points 2.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 131 points 3.Norizman Ismail (Honda) 121 points 4.Affendi Rosli (Yamaha) 121 points 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 96 points

 

Team Awards

1.PETRONAS Yamaha CKJ 252 points 2.Givi Honda Yuzy Racing 219 points 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 183 points 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 158 points 5.Motul Yamaha YY Pang 138 points

 

CP115

Race

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’30.085s 2.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 12’31.023s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 12’33.743s 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 12’34.447s 5.Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 12’34.602s

 

Overall Standings

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 178 points 2.Zaidy Zaifaizal (Yamaha) 148 points 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 121 points 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 109 points 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 95 points

 

Team Awards

1.Motul Yamaha YY Pang A 299 points 2.Motul Yamaha YY Pang B 191 points 3.Givi Honda Yuzy Racing 165 points 4.M Seki Liberty Honda 146 points 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 128 points

 

WIRA

Race

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 10’01.312s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’12.012s 3.Afiki Supaat (Yamaha) 10’12.175s 4.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 10’19.088s 5.Saiful Azhary (Honda) 10’19.250s

 

Overall Standings

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 216 points 2.Afiki Supaat (Yamaha) 108 points 3.Fairuz Nasir (Yamaha) 94 points 4.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 86 points 5.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 86 points

 

ZAQHWAN, IZZAT JUARA KESELURUHAN CP130 DAN CP115

Pemburuan gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2014 berakhir lebih awal apabila ketiga-tiga kategori, CP130, CP115 dan Wira sudahpun diketahui pemiliknya sebaik pusingan kesembilan kejuaraan berakhir di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Masih berbaki satu pusingan yang akan berlangsung di Kedah, hujung November ini, Mohd Zaqhwan Zaidi yang menjuarai lima pusingan perlumbaan pada musim ini telahpun dinobatkan selaku juara keseluruhan sebaik berjaya menamatkan perlumbaan akhir di tangga ketiga dengan masa 14’46.782s.

Dengan 16 mata kejuaraan yang dipungut, pelumba Givi Honda Yuzy Racing tidak mampu dicabar oleh mana-mana pelumba lagi setelah mengumpul 161 mata keseluruhan, 30 mata mendahului Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) yang muncul naib juara dengan masa 14’45.911s. Rakan sepasukan Afif, Mohd Affendi Rosli muncul juara setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 14’44.125s.

“Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata mengenai kejayaan hari ini. Kemenangan ini amat dinanti-nantikan sejak beberapa tahun lepas lagi dan akhirnya ia terlaksana,” jelas anak didik bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini itu.

Mengulas lanjut, Zaqhwan berkata, “Saya berterima kasih kepada pengurus, Shahrol Yuzy dan juga seluruh pasukan kerana telah bekerja keras selama beberapa tahun ini dan akhirnya ia membuahkan hasil. Begitu juga dengan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini dan juga penyokong, penaja-penaja serta semua yang banyak membantu saya untuk bergelar juara CP130.”

Bercakap tentang perancangan selepas ini, Zaqhwan berkata, “Saya tidak membuat sebarang perancangan lagi kerana semuanya bergantung kepada pasukan. Tumpuan utama saya adalah untuk menamatkan baki saingan musim ini terlebih dahulu khususnya di Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Thailand dan Qatar selepas ini.”

Persaingan kini terarah kepada pemburuan tangga kedua dan ketiga keseluruhan diantara Afif yang kini berada di tangga kedua dengan 131 mata manakala Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dan Affendi masing-masing terikat dengan 121 mata.

Sementara itu, gelaran juara dalam saingan CP115 di Jempol telah menobatkan Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) sebagai juara keseluruhan kategori tersebut setelah mengumpul 178 mata keseluruhan, 30 mata mendahului rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal yang mengumpul 148 mata setelah sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan. 

Izzat menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’30.085s mengatasi Elly Idzlianizar Ilias (M Seki Liberty Honda) di kedudukan kedua dengan masa 12’31.023s. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor, Abd Muhaimin Roslan di tempat ketiga dengan masa 12’33.743s.

“Saya sama sekali tidak menyangka akan bergelar juara keseluruhan di sini. Memang saya meletakkan sasaran untuk memenangi perlumbaan di Jempol, namun saya menjangkakan Zaidy akan kekal memberikan cabaran sepertimana pada pusingan-pusingan lepas sebaliknya dia gagal mempamer prestasi sebenar dan sekadar berada di tempat kelapan.

Menurutnya lagi, “Saya sangat gembira dan menghadiahkan kejayaan tersebut kepada seluruh pasukan, keluarga, penaja, rakan-rakan dan semua yang telah membantu saya selama ini. Meskipun sudah bergelar juara, saya tetap akan memberikan aksi terbaik pada pusingan akan datang dan hanya menentukan hala tuju pada musim hadapan di tangan pengurusan pasukan,” jelas Izzat.

Rakan sepasukanIzzat, Tengku Amirul Haffirudin menghuni tangga ketiga keseluruhan ketika ini dengan 121 mata.

Dalam kategori Wira, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) yang telahpun ditabalkan sebagai juara keseluruhan pada pusingan lepas di Kangar, Perlis terus mendominasi saingan dengan meraih gelaran kelapan daripada sembilan pusingan yang telah berlangsung.

Khairul menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’01.312s mengatasi Mohd Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) yang menamatkan saingan dengan masa 10’12.012s, juga gelaran naib juara buat kali ketiga berturut-turut pada musim ini. Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) di tempat ketiga dengan masa 10’12.175s.

Khairul terus melebarkan jurang pungutan mata dengan mengumpul 216 mata manakala Afiki di tangga kedua dengan 108 mata dan Fairuz di tangga ketiga dengan 94 mata.

 

Keputusan

CP130

Final

1.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 14’44.125s 2.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 14’45.911s 3.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 14’46.782s 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 14’47.849s 5.Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 14’49.763s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 161 mata 2.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 131 mata 3.Norizman Ismail (Honda) 121 mata 4.Affendi Rosli (Yamaha) 121 mat 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 96 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.PETRONAS Yamaha CKJ 252 mata 2.Givi Honda Yuzy Racing 219 mata 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 183 mata 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 158 mata 5.Motul Yamaha YY Pang 138 mata

 

CP115

Final

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’30.085s 2.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 12’31.023s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 12’33.743s 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 12’34.447s 5.Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 12’34.602s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 178 mata 2.Zaidy Zaifaizal (Yamaha) 148 mata 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 121 mata 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 109 mata 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 95 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.Motul Yamaha YY Pang A 299 mata 2.Motul Yamaha YY Pang B 191 mata 3.Givi Honda Yuzy Racing 165 mata 4.M Seki Liberty Honda 146 mata 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 128 mata

 

WIRA

Final

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 10’01.312s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’12.012s 3.Afiki Supaat (Yamaha) 10’12.175s 4.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 10’19.088s 5.Saiful Azhary (Honda) 10’19.250s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 216 mata 2.Afiki Supaat (Yamaha) 108 mata 3.Fairuz Nasir (Yamaha) 94 mata 4.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 86 mata 5.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 86 mata

- Advertisement -