Meskipun gagal menepati sasaran, pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi tetap berpuas hati apabila muncul naib juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, hari ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang bermula dari petak ketiga itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 27’35.304s di belakang juara yang juga pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 27’35.304s.
Tempat ketiga milik Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) dengan masa 27:36.885s manakala seorang lagi pencabar kejuaraan, Azlan Shah Kamaruzaman gagal menamatkan perlumbaan.
“Perlumbaan hari ini sangat sukar terutama faktor cuaca yang berubah-ubah. Selain itu, saya juga bermula agak perlahan dan sedikit ketinggalan pada awal perlumbaan,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Saya cuba untuk mengejar dan memberikan saingan kepada West pada penghujung perlumbaan namun disebabkan jurang yang agak jauh menyebabkan saya gagal untuk mendekatinya. Namun, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan gelaran naib juara dan akan mencuba yang lebih baik pada perlumbaan kedua esok.”
Gelaran juara meletakkan West selesa menerajui kedudukan keseluruhan dengan 111 mata diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) kedua dengan 76 mata manakala Azlan Shah jatuh ke tangga ketiga dengan 74 mata.
Dalam saingan Underbone 150cc, Ahmad Fazli Sham meraih kemenangan pertamanya bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing setelah menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19’02.205s mengatasi rakan senegara, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) di tempat kedua dengan masa 19:02.460s manakala tempat ketiga milik Peerapong Peerapong Luiboonpeng (Team One For All) dengan masa 19:02.502s.
Gelaran naib juara memastikan Helmi terus mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 114 mata manakala Md Izzat Zaidi di kedudukan kedua dengan 101 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1
SUPERSPORTS 600
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Yamaha Racing 27:35.304s
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:35.629s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:36.885s
4 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 27:37.007s
5 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:37.724s
Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 111 mata
2 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 76 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 56 mata
ASIA PRODUCTION 250
1 Rheza Danica Ahren ( INA) Astra Honda Racing Team 21:53.4
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 21:53.5
3 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.9
4 Rafid Topan Sucipipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:04.5
5 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 22:05.3
Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 63 mata
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata
UNDERBONE 150
1 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing 19:02.205s
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.460s
3 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 19:02.502s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:02.673s
5 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 19:02.691s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 114 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 101 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 72 mata
4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata
5 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 63 mata