Zaqhwan in action at kangar (1800x1198)

Zaqhwan Zaidi is set to pull off yet another stellar performance to inch closer to the CP130 championship title coming towards Round 9 of the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship to be held this weekend in Jempol, Negeri Sembilan.

The Givi Honda Yuzy Racing is standing within grasp with the season’s title after a comfortable overall lead with 145 points, 32 points ahead of his closest competition, Norizman Ismail of Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing who has collected 113 points with the championship coming to an end with only two more rounds to go.

Calculatively, if Zaqhwan wins or at least sits second, the rider will be crowned overall champion without having to duel another round in the final in Kedah, this November.

Based on Zaqhwan’s recent feats with five wins and six pole positions, the championship might be his for the taking.

“I will go on a full scale charge this weekend to make sure all the hard work is paid off and the overall championship is mine,” said Zaqhwan.

He added, “I hope the past will not come to haunt me as I fell out of the competition slowly towards the end of the championship like the last two seasons. Last year in particular, the crash in Jempol wasted my efforts for the title and I don’t want it to happen again”.

Describing the anxiety and load on his back looking at this weekend’s round, Zaqhwan said, “All the preparation went as planned. Both the machine and myself is in the greatest fighting condition and so I need to step back a little and strategize.

This will be our second time in Jempol and I am expecting the track will be in better shape than last time where I managed pole. I will try to grab the podium but if things get rough, the best bet is to play it safe and just collect as many points as possible for the final battle in Kedah.”

 

ZAQHWAN SEDIA BERI AKSI TERBAIK

Mohd Zaqhwan Zaidi sedia memberikan aksi terbaik bagi memastikan gelaran juara keseluruhan CP130 tidak terlepas daripada genggaman menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu hampir pasti dinobatkan selaku juara keseluruhan pada minggu ini setelah selesa berada di tangga teratas dengan 145 mata, 32 mata mengatasi pencabar terdekat, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang berada di tangga kedua dengan 113 mata dengan hanya berbaki dua perlumbaan sahaja lagi pada musim ini.

Secara matematik, seandainya Zaqhwan muncul juara atau naib juara perlumbaan, dia akan ditabalkan selaku juara keseluruhan tanpa perlu menunggu sehingga ke pusingan terakhir di Kedah, hujung November ini. 

Berdasarkan prestasi semasa, tugas itu mampu direalisasikan oleh Zaqhwan yang telah meraih lima gelaran juara pada musim ini termasuk pusingan lepas di Kangar, Perlis selain turut meraih enam kedudukan di petak pertama sepanjang musim ini.

“Saya akan memberikan yang terbaik pada minggu ini kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk mengejar apa yang dicari selama ini iaitu untuk bergelar juara keseluruhan CP130,” jelas Zaqhwan.

Tambahnya, “Saya tidak mahu peristiwa pahit sepanjang dua musim lepas berulang di mana saya mula tercicir daripada pemburuan takhta apabila perlumbaan mula memasuki kemuncak saingan. Pada tahun lepas, insiden terjatuh di Jempol pada pusingan kelapan menyebabkan saya banyak kehilangan mata berharga dan tidak mahu insiden serupa berulang kali ini,” tambah Zaqhwan.

Mengulas lanjut tentang debaran dan tekanan yang bakal dihadapi pada perlumbaan minggu ini, Zaqhwan berkata, “Persediaan berjalan dengan cukup baik. Prestasi jentera dan fizikal berada pada tahap terbaik untuk sepanjang musim ini, jadi saya tidak mahu sia-siakan usaha dan kerja keras kami sepasukan. Saya perlu lebih bertenang dan bijak merancang strategi.

“Ini merupakan kali kedua kami berlumba di Jempol, jadi saya jangkakan keadaan litar pasti lebih baik berbanding musim lepas di mana pada musim lepas saya berjaya mencatat masa terpantas dan bermula dari petak pertama di sini. Saya akan cuba mengelak daripada sebarang insiden tidak diingini, dan jika keadaan sukar untuk saya menjejakkan kaki di atas podium, saya akan memilih jalan selamat untuk mengutip seberapa banyak mata untuk di bawa ke perlumbaan terakhir nanti.”

- Advertisement -