Mohd Zaqhwan Zaidi meraih kemenangan berturut-turut di Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2020 Pusingan 1 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hari ini.
Pelumba dari Boon Siew Honda Racing Team itu sekaligus menjadi Raja MSBK1000 apabila mempamerkan aksi cemerlang memenangi Perlumbaan 1 – 3 dengan 75 mata. Hampir 9 bulan tidak beraksi di litar disebabkan keadaan semasa pandemik Covid-19 menjadi penyuntik semangat untuk Zaqhwan kekal laju di hadapan.
Zaqhwan berkata,”Walaupun tiada Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun ni kerana Covid-19 saya beralih tumpuan pada MSBK untuk mencari kembali rentak dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik.
“Saya menumpukan perhatian 100 peratus sepanjang perlumbaan ini. Terima kasih pada Boon Siew Honda Racing Team kerana banyak membantu saya dan mereka telah melakukan kerja yang baik”.
Farid Badrul Hisham dari Horizon Racing Team dan Ahmad Daniel Haiqal masing-masing menunjukkan kebangkitan mereka pada Perlumbaan 2 dan 3. Walaupun tidak dapat menyekat Zaqhwan namun mereka kekal berusaha dan menjadi lebih kompetitif.
Farid di tempat kedua dengan mata 60 manakala Daniel di tempat ketiga dengan 48 mata. Kehadiran Zaqhwan, memberi impak yang positif buat Farid dan Daniel kerana dapat menimba pengalaman yang baru dari segi kawalan jentera lumba dan sebagainya.
Sementara itu, saingan MSBK600, Ibrahim Norrodin dari SIC Racing Team menjadi juara keseluruhan selepas menunjukkan aksi yang memberangsangkan di setiap perlumbaan.
Ibrahim menunjukkan kredibilitinya apabila melakukan catatan masa yang terbaik pada Perlumbaan 3 dengan 2’09,890s.
Ibrahim berkata,”Saya rasa gembira dengan memenangi kemenangan berturut-turut. Saya cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dengan mengejar pelumba MSBK1000. Terima kasih kepada rakan pasukan kerana memberi jentera lumba yang baik. Dengan tiadanya ARRC, MSBK menjadi tempat untuk kami melepaskan rindu untuk berlumba”.
Naib juara keseluruhan MSBK600, Azroy Hakeem dari Boon Siew Honda Racing Team dengan 60 mata manakala Helmi Azman dari Hi-Rev SCK Honda Racing Team berada di tempat ketiga dengan 48 mata.
Manakala, Idlan Hakimi dari Boon Siew Honda Racing Team dinobatkan juara keseluruhan bagi MSBK250 dengan 65 mata.
Idlan kembali merampas gelaran juara yang disandang oleh Danial Syahmi dari SIC Racing Team pada Perlumbaan 2.
Aksi yang sengit antara Idlan dan Danial pada Perlumbaan 3 akhirnya membuatkan Danial menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 61 mata. Izam Ikmal dari Hi-Rev SCK Honda Racing Team berada di tempat ketiga dengan 57 mata.
Keputusan perlumbaan 2 (tiga teratas)
MSBK1000
1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21’34.639s
2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 21’48.525s
3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 21’51.641s
MSBK600
1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 21’56.746s
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21’48.525ss
3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 21’51.641s
MSBK250
1. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 20’09.244s
2. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 20’13.064s
3. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 20’13.151s
MSBK150
1. Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) (JR Performance Wossner YYPang Racing Team), 15’55.392s
2. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 15’55.715ss
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15’55.762s
Keputusan Perlumbaan 3 (Tiga teratas)
MSBK1000
1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21’35.569s
2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 21’46.165s
3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 22’14.920s
MSBK600
1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 21’49.240s
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21’46.165s
3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 22’14.920s
MSBK250
1. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 20’11.054s
2. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 20’11.481s
2. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 20’11.552s
MSBK150
1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 15’39.778s
2. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15’44.395s
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15’44.417s
Kedudukan pelumba
MSBK1000
1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 75 pts
2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 60 pts
3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 48 pts
MSBK600
1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 75 pts
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 60 pts
3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 48 pts
MSBK250
1. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 65 pts
2. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 61 pts
3. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 57 pts
MSBK150
1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 70 pts
2. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 40 pts
3. Mohd Iqbal Amri Abdul Malek (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 38 pts