Â
Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi mempamer aksi bertenaga apabila muncul pelumba terpantas sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatat masa terpantas 1â30.424s pada sesi latihan bebas ketiga mengatasi catatan pelumba tempatan, Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) yang mencatat masa terbaik 1â30.617s.
Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1â31.029s manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa terbaik 1â31.422s.
âSaya agak berpuas hati dengan aksi pada hari ini namun masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki untuk sesi kelayakan pada hari esok,â jelas Zaqhwan.
Tambahnya, âPada sesi latihan pertama dan kedua, saya masih mencari rentak dan pelarasan terbaik sebelum dapat menyesuaikan diri dengan litar berbanding dengan pelumba tuan rumah yang dilihat cepat menguasai jentera di litar ini.â
Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, Ahmad Afif Amran (CKJ Yamaha Racing) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan masa terbaik 1â45.062s untuk berada di kedudukan ke-15.
Dalam saingan Underbone 150cc, dua pelumba negara mendahului sesi kelayakan diketuai pendahulu keseluruhan, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang mencatat masa terpantas 1â48.692s diikuti Md Amirul Ariff Musa (Yuzy Honda Vietnam Racing) kedua dengan masa 1â49.339s.
Pelumba wildcard, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) mencatat masa ketiga terpantas, 1â49.393s diikuti dua lagi rakan senegara, Reza Fahlevi dan Gupita Kresna yang melengkapkan senarai lima pelumba terpantas kelayakan.
KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS PUSINGAN 5 ARRC
SUPERSPORTS 600CC
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:30.424s
2 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team Honda 1:30.617s
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:31.029s
4 Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team 1â31.108s
5 Yuki Ito JPN YAMAHA Racing Team ASEAN Yamaha 16 1:31.241s
ASIA PRODUCTION 250CC
1. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1â42.310s
2. M. Faerozi (INA) Yamaha Racing Indonesia 1â42.571s
3. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1â42.902s
4. Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 1â42.990s
5. Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1â43.074s
UNDERBONE 150CC
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 1:48.692s
2 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 1:49.339s
3 M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 1:49.393s
4 75 Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 1:49.533s
5 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 1:49.851s
Â