Zaqhwan Zaidi

Zaqhwan Zaidi tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila dapat kembali beraksi dalam perlumbaan SuperSports 600cc bersama Honda bermula pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Juara SuperSports 600cc 2014 itu kembali ke pangkuan pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing apabila menandatangani kontrak sehingga musim 2019 baharu ini setelah menarik diri dari perlumbaan Moto2 Kejuaraan Grand Prix Dunia selepas beraksi sebanyak enam pusingan.

Zaqhwan akan menggantikan tempat pelumba Malaysia yang kini masih menjalani rawatan, Mohd Zamri Baba dan akan bergandingan bersama pelumba Jepun, Yuki Takahashi.

Selepas kembali ke pasukan lama yang telah membantunya memenangi gelaran SuperSports 600cc 2014, Zaqhwan tidak sabar untuk memulakan saingan meskipun mempunyai tempoh persiapan yang singkat bagi menghadapi perlumbaan minggu ini.

Pelumba berusia 21 tahun ini mempunyai rekod baik di litar sepanjang 4.5 kilometer ini dengan menduduki tempat kedua dan ketiga dalam persaingan sengit bersama Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) dan Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) sewaktu Buriram buat pertama kali berada dalam kalendar ARRC pada musim lepas.

“Honda ibarat satu keluarga dan saya gembira kerana dapat kembali ke pangkuan mereka. Pasukan ini merupakan antara pasukan terkuat di padok kerana telah memenangi gelaran terbaik SuperSports 600cc selama tiga tahun berturut-turut. Kami berkongsi banyak kejayaan bersama dan saya percaya banyak lagi kejayaan yang menanti pada masa depan,” jelas Zaqhwan.

Bercakap tentang perlumbaan, Zaqhwan menjelaskan, “Saya gembira dapat kembali ke Buriram. Meskipun tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan persiapan namun ia bukan satu masalah kerana saya boleh menggunakan sesi latihan untuk menyesuaikan diri dengan jentera Honda CBR600RR. Tambahan pula, saya mempunyai keserasian bersama jurutera sejak dari dahulu dan ini akan memudahkan kami untuk bekerjasama.”

“Cuma apa yang sedikit membimbangkan saya adalah keupayaan pelumba-pelumba lain. Persaingan kini bertambah sengit dan catatan pelumba juga semakin pantas. Meskipun bakal berdepan cabaran besar, saya tidak mudah mengalah dan sebenarnya tidak sabar untuk memulakan aksi, tambahan pula saya sukakan litar ini dan mempunyai kenangan manis di sini. Litarnya cantik, malah suasana dan kehadiran penonton juga begitu menakjubkan. Saya memperoleh keputusan baik pada musim lepas dan berharap dapat mengulanginya bagi membalas kepercayaan pihak Honda kepada saya,” jelas Zaqhwan.

Setakat tiga pusingan lepas, Koyama menerajui kedudukan pelumba SuperSports 600cc dengan 81 mata mengatasi dua rakan senegara, Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda Racing) dan Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang mengumpul 77 mata dan 67 mata.

 

ZAQHWAN RELIEVED TO BE BACK WITH HONDA

Zaqhwan Zaidi admits that he is glad to be back racing with Honda as he heads to the Chang International Circuit in Buriram, Thailand for Round 4 of the FIM Asia Road Racing Championship this weekend.

The reigning SuperSports 600cc champion signed and reunited with Musashi Boon Siew Honda Racing last week following a nightmare campaign in the Moto2 World Championship that lasted six rounds. 

He will replace Mohd Zamri Baba who is recuperating from injuries and partner up with Japan’s Yuki Takahashi.

Now that he is back with the team that helped him secure the SuperSports 600cc crown, Zaqhwan is like a kid with candy and is eager to get back into action despite not having the best preparation for the race this weekend.

Last year the 21-year old excelled at the 4.5 kilometre Buriram track picking up a second and third place finish in a hard fought battle with Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) and Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS).

“Honda is like a family so reuniting with them is a huge relief. It is a strong team, perhaps one of the best in the paddock having won the SuperSports 600cc title three years in a row. We shared some of the best moments of my career and I believe we can create more in the future,” said Zaqhwan.

Speaking about the race, Zaqhwan commented, “I’m very happy to be back here in Buriram. We didn’t have enough time to prepare but it shouldn’t be a problem because the practice sessions would be enough for me to adapt with the Honda CBR600RR. Additionally I already have a good relationship with the engineers so this should make the work a lot easier.”

“My main concern right now is our rivals. The battle now is more intense than what it used to be and the lap times have dropped significantly. Despite the challenges ahead, I look forward to the race because I like this circuit. The track is beautiful and the atmosphere is fantastic. I did well last year so I will try to do my best again this year and repay Honda’s faith in me,” he said.

Koyama leads the SuperSports 600cc standings with 81 points ahead of compatriots, Takahashi and Ito with 77 points and 67 points respectively.

- Advertisement -