Tiga pemain perseorangan negara meneruskan cabaran di kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2019 selepas mengesahkan slot ke peringkat suku akhir hari ini.
Mengetuai cabaran, Liew Darren yang memerlukan 32 minit untuk memastikan kemenengan di pusingan kedua di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Berdepan pemain bukan pilihan dari Denmark, Victor Svendsen, Liew Darren tidak berdepan tentangan sengit untuk mengesahkan kemenangan straight set 21-18, 21-7 sekaligus bakal berdepan pilihan kedua dari China, Shi Yuqi.
Turut mengesahkan slot ke suku akhir, pemain muda yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia yang menundukkan pemain Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila ketinggalan tiga mata diawal set pertama sebelum bangit dengan permainan yang lebih kemas untuk mendahului sekaligus menang 21-15.
Komen Lee Zii Jia selepas perlawanan menentang Kenta Nishimoto –
Penguasaannya berterusan di set kedua apabila terus mendominasi Nishimoto yang gagal menyaingi kepantasan serta corak permainan aggresif Zii Jia.
Kenta Nishimoto yang menewaskan jaguh dunia, Kento Momota akur tewas 17-21 kepada Zii Jia dan bakal berdepan bekas pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen yang menundukkan Hans Kristian Vittinghus 21-18, 21-19.