credit photo : Badminton Photo

 

Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia hanya mahu memberi tumpuan terhadap persiapannya ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Malah beliau tidak sesekali memikirkan persepsi yang mengaitkannya dengan pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, Datuk Lee Chong Wei.

Zii Jia yang juga Juara All England 2021 itu mahu memastikan penampilan sulungnya di pentas Olimpik tidak berakhir dengan kekecewaan.

“Saya sedar bahawa ramai yang membandingkan saya dengan Chong Wei selama ini.Saya tidak peduli komen-komen tersebut. Saya harap saya dapat berlepas ke Tokyo dalam prestasi terbaik dan tidak berasa tertekan sama sekali,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Zii Jia menghuni ranking kelapan dalam senarai kedudukan pemain pemain perseorangan lelaki Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Seperti pemain pemain lain, pemain berusia 23 tahun itu turut mengidamkan kilauan pingat di Tokyo 2020 nanti.

Namun beliau mengakui ia bukan tugas mudah kerana pastinya akan menjadi perhatian pemain pemain lain yang layak beraksi di Tokyo 2020 susulan pencapaiannya meraih kejuaraan di All England pada Mac dengan menundukkan pemain dari Denmark, Viktor Axelsen dipentas final.

 

- Advertisement -