credit photo : Badminton Photo

 

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia membuktikan beliau sudah bangkit dari mempi ngeri di Bangkok, Thailand apabila muncul juara All England dalam aksi perseorangan lelaki.

Turun dengan status pilihan keenam, Zii Jia sudah menjangkakan saingan sengit bakal diberikan Axelsen.

Pertemuan hari ini ibarat ulangan kedua dua pemain di All England 2020 di peringkat separuh akhir, namun kali ini Zii Jia dan Axelsen berentap untuk menentukan kejuaraan.

Hanya beberapa kali sahaja Zii Jia menjarakkan dua mata dengan Axelsen tatkala masing haya dibezakan satu mata dan perlawanan berlanjutan sehingga 29 sama.

Peluang terhidang dimanfaatkan Lee Zii Jia untuk memastikan kemenangan memihaknya dengan 30-29 di set pertama.

Zii Jia yang menduduki ranking ke 9 duia terus mendominasi set kedua dan mendominasi 18-14 pada satu ketika.

Namun kealpaan memberi ruang kepada Axelsen untuk memintas sekaligus menang 22-20 sekaligus memaksa pemenang ditentukan ke set penentuan.

Axelsen yang semakin kepenatan terus melakukan kesilapan demi kesilapan sekaligus memberikan kemenangan 21-9 untuk Zii Jia bergelar juara dalam acara perseorangan lelaki.

“Kami berdua bermain dengan baik hari ini sehinggalah di set ketiga, Axelsen kehilangan fokus dan disitulah saya mula mendapat kelebihan.

“Kami bermain sehingga mata 30-29 dan ia merupakan perlawanan yang cukup sukar. Begitu juga ketika di set kedua, kami perlu fokus pada setiap mata. Kami tidak boleh leka walaupun seketika kerana pihak lawan akan mengambil peluang jika leka,”kata Lee Zii Jia

Kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian 4 tahun selepas kali terakhir juara pada 2017 oleh Datuk Lee Chong Wei dan Zii Jia menjadi pemain ke 6 negara yang memenangi kejuaraan ini.

Detik manis atlet kelahiran Kedah ini bermula apabila beliau menundukkan pilihan pertama dari Jepun, Kento Momota di peringkat suku akhir.

Lain lain keputusan, pilihan keempat Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe menang ke atas pilihan ketiga Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-15, 17-21, 21-11 dalam aksi bergu lelaki sementara pilihan kedua dalam aacar bergu wanita, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara mengejutkan pilihan pertama, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-18, 21-16.

Perseorangan wanita milik pilihan kedua, Nozomi Okuhara yang menewaskan pilihan keenam dari Thailand, Pornpawee Chochuwong 21-12 21-16.

Pilihan kedua, Yuta Watanabe – Arisa Higashino pula menang ke atas Yuki Kaneko – Misaki Matsumoto 21-14, 21-13 untuk muncul juara bergu campuran.

- Advertisement -