soniiacheah

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiga wakil negara meneruskan cabaran, mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Poland.

Aksi perseorangan lelaki menyaksikan dua wakil negara melepasi pusingan awal untuk menempah slot ke peringkat suku akhir.

Lee Zii Jia mengatasi Ben Torrance dari Scotland di pusingan pertama dengan kemenangan straight set 21-18, 21-15 sebelum mengesahkan laluan ke suku akhir dengan menewaskan wakil Sweden, Morgan Lidman 21-15, 21-19.

Seorag lagi wakil perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut melakar kemenangan straight set di kedua dua perlawanan untuk ke suku akhir.

Beliau mengatasi Michael Spencer Smith dari England 21-15, 21-19 dan pilihan keenam, Stefan Rasmussen dari Denmark 21-15, 21-14.

Juara Cabaran Antarabangsa Belgium, Soniia Cheah turut melangkah ke peringkat suku akhir dalam acara perseorangan wanita.

Kemenangan mudah diperolehi Soniia dipusingan pertama selepas lawannya, Dorotea Sutara dari Croatia menarik diri akibat kecederaan di set pertama ketika ketinggalan 7-18.

Cheah memastikan slot suku akhir menjadi miliknya selepas menundukkan wakil Ireland, Rachael Darragh 21-11, 21-11 di pusingan kedua.

- Advertisement -