Jaguh perseorangan negara yang juga duta minuman isotonik nombor satu negara 100PLUS, Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final pertamanya tahun ini selepas mengatasi pemain Belanda Mark Caljouw di peringkat separuh akhir.
Diatas kertas, Zii Jia nyata dilihat sebagai pilihan untuk mara ke peringkat final berdasarkan rekod pertemuan kedua dua pemain.
Pilihan keenam itu nyata mendominasi perlawanan dan mengawal permainan untuk memastikan Mark Caljouw tidak berupaya untuk memintasnya.
Selepas bertarung selama 44 minit, Zii Jia mengesahkan slot ke final dengan kemenangan straight set 21-13, 21-17 dan akan menanti samada pemenang satu lagi aksi separuh akhir diantara dua jaguh Denmark, pilihan kedua Viktor Axelsen dan pilihan ketiga Anders Antonsen
Sementara itu, hasrat untuk melihat satu lagi wakil negara ke peringkat akhir tidak kesampaian.
Bergu campuran negara yang turun selaku peilihan ketiga, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal menewaskan gandingan dari Jepun, Yuki Kaneko – Misaki Matsumoto.
Permainan pantas dan aggresif dipamerkan Kaneko-Matsumoto yang menang 21-14 di set pertama.
Peng Soon-Liu Ying tampak yakin apabila mendahului bergu Jepun itu pada satu ketika namun akur tewas 20-22 di set kedua.